Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Ahad, 20 Disember 2015

Sampai Tuhan Berkata

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara kerana pengalaman akan mendewasakan dan mematangkan manusia itu sendiri.
Aku jatuh Bangun lagi,
Kalah Cuba lagi,
Gangal Aku Bangkit Lagi,

Sampai Tuhan Berkata
" Waktunya Pulang"


Selasa, 15 Disember 2015

Aku Rasa Bersalah


Bermula

Bermulalah perniagaan aku,Amir dan istriku dari bawah dengan menjual Burger secara penghantaran kerumah.. YA, Allah Berikanlah rezeki yang banyak untuk kami.  Aku hanya mahu semangat dari wajah kamu untuk memberikan aura positif pada aku ..


Ahad, 13 Disember 2015

Dalam terang Bersembunyi

Hmmhm merajuk kerana terasa .. Tiada niat seribu bahasa,kerana mulut kekasaran melanda.Dengan Nama Allah bukan marah tapi tidak sengaja..wahai isteriku maafkan aku..Aku tak boleh lelapkan mata kerana kesalahan yang menimpa tadi..Aku tidak boleh berkata-kata karna semuanya Ada di dalam jiwa.. YA Allah,Jagakan hubungan kami sehingga nafas tiada lagi.. Dalam perjalanan mencari iman di hati pelbagai dugaan yang menanti, perjalanan aku ke kedai nori,bukan sengaja untuk mencari iman dihati..Selamat Bobo kekasih hati.. Entah lah isteriku ini baca atau tidak tapi aku harap aku dah tiada didunia ini,disinilah coretan sepanjang hidup aku agar menjadi peneman dia dikala sunyi. Terima kasih jika sabar dengan tingkah laku aku..
Sabtu, 12 Disember 2015

Aku Lebih Rela Perit Mencari Titik Perubahan ,Jika Itu Temukan Aku Dengan Tuhan

Sedih hati ini hanya di diketahui oleh diri sendiri dan Allah SWT.. Aku dah banyak menyusahkan orang dalam suratan yang telah diberi oleh Allah SWT..Mampukah aku terima semua ini?
Isteri aku dahulu selalu pulang ke kampung setiap 2 minggu sekali tapi setelah mengenali aku dan aku telah terima RM 300k dari kakak ipar dia sebagai pelaburan dan telah lenyap sebegitu sahaja , Kini dia dah x balik ke kampung sedangkan aku tahu dia merindui family dia .. YA Allah , Tolong lah hambaMu yang daif ni... Aku amat rasa bersalah pada dia.. 

LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAH 

Mampukah aku YA ALLAH untuk selesaikan semua ini... Abang Azmat dan amir jugak telah susah akibat aku. Berikan aku kekuatan Ya Allah.. 


Rabu, 9 Disember 2015

MARGIN CALL lagi..

Sayang, maafkan bie ..
Bie tak bagitahu yang bie MC lagi.. habis semua.. Aku cuma x mahu kamu risau..biarlah aku seorang sahaja yang risau.. Ya Allah , kenapa aku di beri ujian seperti ini... Hutang jutaan ringgit tapi masih tak dapat nak settelkan hutang walaupun sedikit.. KepadaMu aku merintih sangat-sangat.. Tolonglah hambamu ini..

Terpaksa Ceria Kerana Aku Ketua

Bangun dari tidur kebiasaannya aku akn mencari sebatang rokok terlebih dahulu untuk kecergasan lah kononnya..tapi hari ini rokok habis lalu ,isteri tercinta beli sebungkus Rokok Dunhill telah mengimbas waktu aku kenal si cinta hati di gerai burger , si cinta hati belikan aku rokok Dunhill sebab katanya tak bagus hisap rokok murah.. Sayangkan dia pada aku... padahal rokok sama ja bahayanya cuma rasanya berbeza.. Aku bukan tak mampu tapi memang aku dah rasa tidak mampu kerna aku mempunyai terlalu banyak hutang.. Aku nak bagitahu yang aku sayangkan dia.. Aku nak dia happy bukan buat-buat happy..aku terlalu sedih kerana melibatkan dia dalam masalah aku.
orang yang kau sayang takkan kau nak tengok dia derita kan?
Ya Allah , Hanya kepadaMU aku meminta berikan lah aku kebahgiaan dan lunaskan lah hutang-hutangku dengan segera ..